Latar belakang Heavy_Rotation

CD single ini dipasarkan pada 18 Ogos 2010 dibawah label KING RECORDS dalam tiga versi iaitu edisi jenis A (KIZM-90063/64), edisi jenis B (KIZM-90065/66) dan edisi teater (NMAX-1098). Edisi first press edisi biasa dipasarkan bersama kad anggota kumpulan AKB48 secara rawak. 40 anggota kumpulan AKB48 yang terpilih untuk album single ini telah dipilih oleh peminat melalui undian dari CD album single ke-17 mereka, "Ponytail to Shushu". Single ini merupakan single terakhir bagi Ono Erena sebelum graduasi pada bulan September 2010.

Tiga daripada empat lagu yang dirakam pada single ini telah digunakan sebagai lagu iklan: "Heavy Rotation" untuk iklan gula-gula Puccho pengeluaran UHA Kakuto, "Lucky Seven" untuk 7-Eleven, dan "Yasai Sisters" untuk pengeluar jus sayur-sayuran Kagome dan "Namida no SeeSaw Game" digunakan sebagai lagu penutup rancangan hiburan AKB600sec .